Keluarga Baru Curve Luncurkan OS 7

BlackBery CurveLama tak mengeluarkan produk,bukan berarti mematikan kreativitas RIM untuk BlackBerry bersaing dengan seteru-seteru berat lainnya.
Beberapa amunisi terbaru telah di perkenalkan oleh pengusaha asal Kanada ini,seperti Curve 9350, 9360 dan juga 9370. Masing-masing semuanya membawakan sistem operasi BlackBerry 7 OS bersama-sama dengannya.

Ketiga-tiga peranti baru ini turut sama membawakan sokongan NFC padanya membolehkan peranti tersebut dihubungkan dengan aplikasi NFC yang lain dengan mudah. Selain daripada itu, dengan BB OS 7, ianya turut membawakan integrasi sosial yang lebih mendalam, membolehkan anda berkongsi pelbagai perkara melalui BBM, dan pelbagai aplikasi yang lain.
Dari segi spesifikasi, ianya membawakan skrin seluas 2.44″ dengan resolusi 480×360 pixel dengan sokongan HVGA+, kamera 5-megapixel, cip pemprosesan 800MHz dan juga sokongan NFC.
Keluarga baru Curve ini dijangka akan mula dijual bermula daripada bulan September ini bersama-sama dengan peranti BB OS 7 yang lain.
Sumber: amanz.my

0 komentar:

Posting Komentar

 
Copyright © 2011 Andhika Hutomo Blogdhika.com. Powered by Blogger™